Tuesday, May 26, 2009

Kuih Pau pendidikan khas..... Power Oooo

Resepi Kuih Pau Pendidikan Khas

Bahan-bahan:-
Tepung Pau 1kg
Sebuk Penaik 1 sudu makan ( ayak bersama tepung)
air bertapis suam le 500 ml
(kalau tak ada filter air paip boleh kualiti akan kurang la)
11 grm Yis kering
Gula 6 sudu gula
( kalau nak manis tambah la)
1 cawan kopi minyak jagung.
(Kalau tak ada minyak masak pun boleh)

1. Bancuhkan gula, yis dan air suam sehingga sebati. Biarkan 5 minit.
2. Gaulkan tepung di dalam mixer bersama minyak biar sampai rata.
3. Masukkan bahan bancuhan sedikit-sedikit sehingga sebati.
4. Uli dalam lingkungan 15 minit atau sehingga sebati.
5. Keluarkan doh dan masukkan inti.
6. Rehatkan selama 20 minit kukuskan dengan air yang betul-betul mendidih.
# lagi satu air bergantung kepada kualiti tepung. Jika terlebih air sila tambah tepung sedikit demi sedikit ya.....
Selamat mencuba…… best oooo.

Tuesday, May 19, 2009

Gambar Semasa Mesyuarat Di Johore Bahru




Ni Gambar kami.... Kat Danga Bay....
Ibrahim, Tarmimi dan Umar

Monday, May 18, 2009

Roti Special

Resepi Roti Pendidikan khas.

1kg tepung Roti / protein tinggi

6 sudu margerin

12 sudu gula

12 sudu susu tepung .

2 paket yis / 22 gram

2 sudu pelembut roti.

Sedikit garam

500 ml air suam

4 biji telur.

Inti ikut suka hati

1. Campurkan yis dengan susu tepung 6 sudu gula, dan air suam.

2. Gaulkan tepung dengan pelembut roti dan margerin sehingga sebati.

3. masukan dalam mixer dan uli sehingga menjadi doh ( 30 Minit)

4. Tarik setiap bucu dari doh dan satu kan beberapa kali setiap ( 20 minit )

5. Masukkan inti dan tunggu sehingga 45 minit dan bakar pada 180c selama 10 minit.