Tuesday, May 26, 2009

Kuih Pau pendidikan khas..... Power Oooo

Resepi Kuih Pau Pendidikan Khas

Bahan-bahan:-
Tepung Pau 1kg
Sebuk Penaik 1 sudu makan ( ayak bersama tepung)
air bertapis suam le 500 ml
(kalau tak ada filter air paip boleh kualiti akan kurang la)
11 grm Yis kering
Gula 6 sudu gula
( kalau nak manis tambah la)
1 cawan kopi minyak jagung.
(Kalau tak ada minyak masak pun boleh)

1. Bancuhkan gula, yis dan air suam sehingga sebati. Biarkan 5 minit.
2. Gaulkan tepung di dalam mixer bersama minyak biar sampai rata.
3. Masukkan bahan bancuhan sedikit-sedikit sehingga sebati.
4. Uli dalam lingkungan 15 minit atau sehingga sebati.
5. Keluarkan doh dan masukkan inti.
6. Rehatkan selama 20 minit kukuskan dengan air yang betul-betul mendidih.
# lagi satu air bergantung kepada kualiti tepung. Jika terlebih air sila tambah tepung sedikit demi sedikit ya.....
Selamat mencuba…… best oooo.

No comments: